top of page

DESIGNING AND DECORATING WEDDINGS & EVENTS

Proses tempahan

Menghubungi terus talian Hotline kami

Pn.Farah : 016 230 0234 

Cik Wani : 013-3501010

Office : 0351317786

atau anda juga boleh terus datang ke Showroom Mahligai Creative Wedding & Events bertempat di

No 36, Jalan Spring 34/31 Seksyen 34 kemuning Industrial Park 1921, 

40470, Shah alam, Selamgor (WAZE : MCW EVENTS S/B)

atau anda juga boleh mengisi borang tempahan yang disediakan dibawah dan terus e-melkan borang tempahan anda ke mahligaicreative@gmail.com

 

- Setelah janji temu ditetapkan, perbincangan akan diadakan bersama anda untuk memastikan pakej yang dipilih, konsep dan segala informasi yang berkaitan dengan majlis yang akan berlansung.

 

- Pihak Mahligai Creative akan memberi lakaran digital mengenai majlis kepada anda melalui emel atau mana-mana medium yang lebih mudah untuk berhubung.

 

- Jika anda pasti untuk mengambil servis kami dan mempunyai sebarang permintaan untuk perubahan lakaran dari pihak kami, anda haruslah memberi bayaran deposit sejumlah RM 5,000 untuk memastikan kontrak yang dibuat antara dua pihak adalah muktamad.

 

- Pihak kami akan membuat janji temu bersama anda untuk melihat kawasan/ tapak majlis dan membincangkan dengan lebih teliti lagi tentang keperluan dan kehendak pelanggan bagi memastikan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar.

 

- Anda perlu membayar 70 peratus dari invois yang dikeluarkan oleh pihak kami bagi memastikan segala keperluan dapat disediakan secepat mungkin.

 

- Bayaran penuh perlu dibuat seminggu sebelum majlis diadakan atau paling minimum sehari sebelum majlis diadakan. Segala keputusan akan dibincangkan bersama perancang majlis/koordinator syarikat kami.

 

- Kami akan memastikan majlis yang diadakan siap sepenuhnya dan memenuhi kepuasan pelanggan sebelum majlis bermula.

bottom of page